Apa yang membezakan ekonomi Islam?

0

1. Sistem ekonomi Islam wujud bertitik tolak daripada kepercayaan manusia sebagai khalifah di muka bumi yang memikul amanah untuk mengurus harta kekayaan Tuhan dengan adil, berdasarkan panduan yang diturunkan-Nya.

2. Mustahil Tuhan yang menciptakan manusia tidak memberi panduan kepada manusia berhubung urusan ekonomi yang merupakan aspek penting dalam kehidupan.

3. Berbeza dengan konsep ekonomi sekular (kapitalis, socialis, Marxis dan sebagainya): Umat Islam percaya bahawa sumber semula jadi alam ini (natural resources) sentiasa mencukupi untuk seluruh manusia berdasarkan banyak dalil.

4. Agama Islam mengiktiraf kehendak dan hak pemilikan individu selagi mana ia berlandaskan hukum hakam Syarak (Fiqh Muamalat), dan tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat dan negara (monopoli contohnya).

5. Dengan erti kata lain, kehendak individu menurut Islam sentiasa terkawal dan di-‘filter’ oleh:

a. Tapisan moral – kehendak individu mestilah diselarikan dengan keperluan & kepentingan masyarakat umum.

b. Hukum hakam Syarak – contohnya pengharaman riba, monopoli, gharar (ketidakpastian) dan jual beli aset tidak patuh Syariah seperti arak.

c. Motivasi jangka panjang – Kepentingan dan kebaikan individu tidak boleh digandakan dan tidak kekal hingga ke hari akhirat melainkan individu tersebut melaksanakan obligasi sosial di dunia.

6. Di sini Islam amat menggalakkan umatnya memberi Infaq, sedekah, wakaf, malah mewajibkan zakat ke atas harta yang telah cukup nisab dan haul.

Ust Ahmad bin Khairuddin
Felo Penyelidik PEMIKIR

Leave A Reply

Your email address will not be published.