1. Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) adalah sebuah berdaftar. Ia meletakkan matlamat untuk mengembalikan kegemilangan Islam melalui usaha pembaharuan (tajdid) falsafah Peradaban Islam khususnya dalam bidang keilmuan dan pemikiran. Kami meletakkan visi untuk menjadi peneraju sekolah pemikiran yang unggul Sekolah Pemikiran Peradaban Baharu Dunia Islam
2. Usaha membangunkan peradaban pada erti keilmuan dan pemikiran bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia menuntut juhud yang mendasar, kajian yang mendalam, pendidikan yang berterusan serta pembudayaan keilmuan supaya akhirnya membentuk individu budiman (al-rasikh) bagi melahirkan sebuah generasi peradaban.

3. Melihat hal ini, PEMIKIR merasakan perlunya ada sebuah Perpustakaan Peradaban. Ia penting bagi membentuk ilmuan serta menerapkan budaya ilmiah dikalangan generasi muda dan masyarakat amnya. Ia sangat penting sebagai medan diskusi dan wacana bagi melahirkan buah-buah fikiran yang akan menjadi benih membangun peradaban masa hadapan.
4. Jika dilihat pada perspektif sejarah ketamadunan, perpustakaan yang berpernaan sebagai pusat keilmuan mempunyai peranan yang penting dalam meletakkan asas falsafah yang mendasari sesebuah tamadun. Antaranya sebelum ini melalui Ebla Tablets, Nippur temple library pada tamadun Mesopotamia, Han Imperial Library pada tamadun China serta Library of Alexendria sebuah perpustakaan terkenal pada tamadun Yunani.
5. Hal yang sama dapat dilihat dalam Peradaban Islam. Peranan pusat keilmuan ini telah dapat dilihat melalui besarnya peranan seawal di Darul Arqam dan Masjid Nabawi pada zaman Baginda SAW sehinggalah ke zaman kemuncak (Golden Age) Perpustakaan Umayyah di Damsyik, Perpustakaan Kairouandi di Tunisia, Baitul Hikmah di Baghdad, Perpustakaan al-Azhar, Perpustakaan Andalus serta banyak lagi. Dari perpustakaan inilah lahir ilmuan-ilmuan yang hasil ideanya masih kita bahaskan selepas ribuan tahun.

6. Tidak terkecuali apabila dilihat pada sejarah Peradaban Melayu Islam, pusat keilmuan itu diterajui bukan sehaja dikalangan masyarakat melalui madrasah atau masjid bahkan sehingga ke istana diterajui oleh Sultan sendiri. Dalam istana tersebut terdapat sebuah ruang khusus yang menjadi tempat pertemuan Sultan dan ilmuan yang dinamakan sebagai ‘astaka’. Oleh sebab itu kami menamakan perpustakaan ini sebagai Astaka Fikir.
7. Perpustakaan yang ingin kami bangunkan berbentuk umum dan boleh diakses oleh seluruh masyarakat. Ia bertujuan untuk menjadi sebuah pusat pemikiran, berfikir, interaksi diantara para pemikir bagi mewujudkan budaya intelektual kearah memperbaharui falsafah peradaban Islam sepertimana wujudnya gedung ilmu suatu ketika dahulu.

8. Oleh itu kami mengajak seluruh masyarakat untuk bersama kami membina Perpustakaan Peradaban ini. Untuk waktu ini, kami mengalukan sumbangan berbentuk kewangan melalui pautan laman kitabantu seperti yang dinyatakan dibawah. Kami juga sangat mengalukan sebarang sumbangan lain dengan cara hubungi kami (011-31371737) atau melalui email [email protected].
Insyallah kami akan terus memberikan perkembangan projek ini dari semasa ke semasa serta moga usaha kecil