TENAGA NASIONAL SEBAGAI SUMBER KUASA SEBUAH PERADABAN

0

Pada 23 November 2023 yang lepas, Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah yang diwakili oleh Ustaz Amar Ismat Mohd Nasir telah menghadiri Dialog Kuasa Nasional (DKN) bertemakan NETR: Adakah Membangunkan Kemandirian Tenaga Nasional. Dialog ini membincangkan sekitar dasar peralihan tenaga di peringkat nasional dan global serta kemampuan Malaysia dalam membangunkan tenaga secara mandiri.

DKN siri kedua ini dihadiri oleh ahli-ahli akademik, penyelidik, pimpinan agensi kerajaan dan NGO seperti Suruhanjaya Tenaga, Institute of Energy Policy and Research (IEPRE), Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC), Solar Energy Research Institute (SERI), Uniten R&D Sdn Bhd, Aeronerve, i-JURUTERA, ISIS Malaysia, Yayasan Strategik Lestari, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dan Institut Darul Ehsan (IDE).

Konsep Kuasa Nasional yang dikemukakan oleh IRIS Institute merupakan konsep pengupayaan nasional secara proaktif, strategik dan menyeluruh untuk mencapai kekuatan yang boleh menjamin kedaulatan dan mencapai kemakmuran sejagat. Menurut IRIS, paksi kuasa terbahagi kepada empat iaitu:

    1. Keaslian dan kedaulatan falsafah, ideologi dan identiti

    2. Keterjaminan kemandirian dan kelestarian pemanfaatan sumber

    3. Kesepaduan kehidupan sosial yang kompleks

    4. Kekuatan dan kesiapsiagaan untuk memulakan peperangan

    5. Penguasaan, pengaruh, penyebaran idea dan maklumat.

Antara topik perbincangan menarik juga adalah mengenai Model Triniti Tenaga (Energy Trinity) bagi konteks sektor tenaga Malaysia. Triniti Tenaga ini meliputi aspek Kedaulatan (sovereignty), Kelestarian (sustainability) dan Keselamatan (security). Sejauhmanakah pelan peralihan tenaga yang dirancang mampu membangunkan model triniti tenaga nasional yang mapan? Persoalan ini akan membantu pembuat polisi dan dasar serta pelaksananya membangunkan tenaga nasional sebagai salah satu sumber kuasa sebuah peradaban.

PEMIKIR sangat mengalu-alukan dialog sebegini dalam membudayakan wacana dan perbincangan ilmiah dalam kalangan masyarakat. Ia juga diharapkan dapat menjadi benih kepada tumbuhnya model ilmu baharu yang berlandaskan kerangka fikir yang tersendiri. 

————————————–

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Leave A Reply

Your email address will not be published.