Pengenalan

Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) adalah sebuah badan kajian dan pemikiran yang meletakkan cita-cita untuk mengembalikan kegemilangan (tajdid) Peradaban Islam bermula daripada falsafah ilmu sehingga bidang utama ketamadunan.

Asas kewujudan PEMIKIR adalah berdasarkan penghayatan Al-Quran yang menggambarkan bagaimana ilmu sebagai landasan pada penciptaan insan adalah gambaran terhadap membangun sebuah peradaban.

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya
kepada malaikat lalu Ia berfrman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan
yang benar” (Surah al-Baqarah: 31)

Ia juga dilihat sebagai keperluan berdasarkan situasi umat hari ini umumnya:

  1. Korpus keilmuan dunia Islam mengalami ketandusan idea sehingga menyebabkan umat Islam menjadikan falsafah Barat sebagai asas kefahaman ilmu.
  2. Belum ada usaha yang benar-benar terancang untuk kembali membangunkan falsafah peradaban Islam dan menerapkannya dalam generasi baru pada zaman ini.
  3. Budaya berfikir secara kritis semakin hilang dalam kalangan umat Islam akibat suasana dan kegagalan dalam melihat projek membangunkan peradaban secara menyeluruh.
  4. Sistem serta institusi pendidikan sedia ada tidak dapat melahirkan generasi muslim yang mempunyai gambaran yang jelas terhadap falsafah peradaban Islam.

Falsafah

Segala tindakan manusia lahir daripada ilmu, maka mempunyai falsafah ilmu yang benar adalah asas bagi melahirkan ilmu yang sahih.

Visi

Menjadi institusi rujukan dan peneraju Sekolah Pemikiran Peradaban Baharu Dunia Islam

Misi

• Menggungguli Falsafah Ilmu yang menjadi dasar Pemikiran Peradaban Baharu

• Mempunyai Manhaj Pembangunan Peradaban berasaskan Falsafah Peradaban Baharu

• Merumus Produk Pemikran yang unggul dalam semua Bidang Peradaban

• Memiliki Kepimpinan Pemikiran (Qiyadah Fikriyyah) yang komepten diperingkat antarabangsa

Teras

TAWHIDIK

Segala ilmu daripada Allah SWT kepada manusia dalam menyempurnakan asas kewujudannya iaitu ubudiyyah dan khilafah.

BERWAWASAN

Membentuk cara fkir berstratergi dan mempunyai unjuran pandangan dalam membangun peradaban di masa hadapan (futurism).

BERAKAL BUDI

Membangun Falsafah Peradaban Islam berlandaskan identiti watan Melayu yang tersendiri sebagai bangsa tonggak di nusantara.

INSANI

Mengangkat nilai insaniyah berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab menentang kerangka humanisme dan homo deus barat.

BERSEPADU

Melihat ilmu secara bersepadu dalam kerangka wujud, insan dan alam menentang kerangka dokotomi dan sekularisme sedia ada.

Jawatankuasa

Prof Madya Dr Norsaleha Mohd. Salleh

Pengerusi

Muhammad Firdaus bin Zalani

Pengarah

Muhamad Amirul Asyraf Bin Ahmad Kamal Zulkhairi

Setiausaha

Aulia Rahman Zulkarnain

Ketua Sekretariat Pendanaan & Hubungan Luar

Amar Ismat Mohd Nasir

Ketua Sekretariat Modul Peradaban

Mohd Suhail Bin Mohd Sufian

Ketua Sekretariat Kajian Ulum Syarak

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights