
1. Dulu belajar sejarah tingkatan 4 jumpa istilah ‘jus soli’ dalam perbincangan ttg isu warganegara sebelum merdeka. Terfikir juga waktu tu kenapa dinamakan sedemikian, atau ia sekadar penamaan suatu projek sahaja.
2. Baru tahu rupanya ia adalah konsep yang terbit dari akar perbincangan yang kompleks hingga pada landasan metafizik ruang dan masa. Ia meliputi pelbagai konsep seperti ‘kedaulatan’, ‘identiti nasional’, ‘standardization’, ‘tanah’, ‘aku’, ‘dia’, ‘sempadan’ dan sebagainya.
3. Ia adalah pertautan yang kompleks sehingga membentuk bagaimana kita berinteraksi dengan apa dilihat sebagai ‘negara-bangsa’ hari ini. Hakikatnya, mereka sedang membina (construct) sebuah ‘realiti’ baru supaya kita boleh hidup di dalamnya.
4. Akhirnya atas ‘ilusi’ ini kita bina di atasnya banyak perkara ie kepercayaan, konsep, aturan, moral kerana kita menyangkakan dihadapan kita ini adalah ‘realiti yang benar’. Konsep kecintaan, kebenciaan, kawan, pemusuhan, pembangunan, kemerdekaan, kenegaraan, pentadbiran dan banyak lagi kita bina atas ‘keimanan’ terhadap hakikat ini.
5. Berfikir sambil melihat banyaknya isu-isu kenegaraan yang sedang kita menanggung pada hari ini. Isu dengan negara jiran, isu pelarian, imigran dan banyak lagi. Kalaulah yang kita anggap realiti hari ini suatu bentuk yang dikonstruk pada kita, bagaimana kita boleh anggap masalah yang timbul darinya sesuatu yang ‘benar’?
6. Merenung sambil teringat kata-kata Hamka: “Janganlah pernah kita lupa hakikatnya kita adalah sungai yang satu namun telah dipecah-dipecahkan oleh penjajah”. Tanpa menafikan tidak mudah untuk kita berfikir di luar ‘realiti ini’.
7. Bagaimana memahami realiti ini sebenarnya akan memberi kesan besar terhadap apakah yg dilihat solusi padanya. Ini yang banyak dibahaskan ramai pemikir hari ini sehingga berpandangan usaha perubahan golongan islamis gagal kerana tidak berpijak pada tanggapan realiti yg benar


