Dialog Universiti : Rediscovering The Islamic Roots Of Modern Sciences

ARTIKEL | 8 JAN, 2024

amirul

Setiausaha PEMIKIR

Kongsi artikel

Pada 19 Disember 2025 yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional UIAM (PEMBINA IIUM Chapter) dengan kerjasama PEMIKIR dan Yayasan TNB telah menganjurkan program dialog universiti dengan tajuk Twisted Interpretation: Rediscovering The Islamic Roots Of Modern Sciences. 

Dialog ini menampilkan dua orang panel Prof Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman, professor di Abdul Hamid Abu Sulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, UIAM dan Ust Amar Ismat Mohd Nasir, penyelidik kanan di PEMIKIR.

Antara noktah penting yang dikemukakan dalam dialog ini adalah kerancuan sains Barat moden hari ini yang berunsurkan rasio empirik dan menafikan wahyu sebagai salah satu saluran utama ilmu. 

Walaupun sains moden adalah tuaian hasil kepada tradisi keilmuan yang diimport dari dunia Islam, namun penafian yang jelas kepada autoriti wahyu sebagai saluran ilmu menyebabkan ketempangan metode saintifik untuk mencerap kebenaran secara menyeluruh.

Atas dasar itu, keperluan kepada proses islamisasi ilmu adalah sangat tinggi dan mustahak. Walaupun kesedaran kepada proses islamisasi ilmu sudah lama, namun prosesnya masih perlu diteruskan dalam bidang-bidang fundamental dan pengkhususan. 

Ini adalah kerana masih banyak aspek islamisasi yang perlu berlaku, dan tidak boleh terhenti dengan sekadar penubuhan institusi yang membawa idea islamisasi semata-mata.

Semoga dialog dan wacana ilmiah sebegini, terutama dalam kalangan mahasiswa dapat dirancakkan pada masa akan datang. Ini dapat memupuk budaya berfikir dan berbincang secara kritis dalam kalangan mahasiswa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights