Membangun Manzumah Fikriyyah Umat Islam

ARTIKEL | 8 JAN, 2024

pemikir

Kongsi artikel

Sabtu baru ini telah dianjurkan wacana yang dihadiri dikalangan Felo Kanan PEMIKIR di Perpustakaan Astaka Fikir. Pelbagai topik dibahaskan meliputi tentang kepentingan umat Islam membangun sebuah rangka pemikiran (manzumah fikriyyah) sebagai asas kepada agenda peradaban.

Kepentingan membangun pemikiran ini dapat dilihat pada perspektif realiti semasa. Dunia amnya serta Ummah khususnya pada keadaan ini ternanti sebuah solusi terhadap krisis dan kefasadan yang berlaku akibat ideologi ketamadunan Barat. Kelompongan ini menuntut kepada kesungguhan dikalangan kumpulan pemikir membangun idea untuk menjadi jalan keluar pada realiti ini.

Dalam diskusi tersebut juga dibahaskan tentang pentingnya rangka pemikiran pada peringkat falsafah itu dikembangkan menjadi sebuah sistem yang boleh diaplikasikan dalam realiti. Jika dilihat dalam tradisi intelektual Islam perkembangan inilah yang berlaku seperti dalam penulisan Madinah al-Fadhilah oleh al-Farabi begitu juga al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun.

Selain itu juga dibahaskan tentang perlunya ketelitian dalam pemilihan istilah dalam menggambarkan sesebuah idea. Istilah yang disebut itu perlu dipilih dalam keadaan sedar menggambarkan sebuah makna yang jelas. Di sinilah pentingnya penguasaan falsafah ilmu sebagai sebuah landasan dalam meletakkan deifinisi sesuatu perkara itu pada tempatnya.

Moga wacana seperti ini semakin subur dikalangan ilmuan serta ahli akademik umat Islam keseluruhannya. Tanpa landasan pemikiran yang kukuh, solusi yang cuba dipersembahkan bukan sahaja tidak akan capai tujuannya bahkan lebih teruk tanpa disedari boleh jadi ia dibentuk atas pengaruh landasan pemikiran ketamadunan Barat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights