Pada 19 Januari 2024 Jumaat lalu PEMIKIR melalui Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) telah dijemput mengisi slot sempena Program Solidariti Palestin bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Slot bertajuk “Palestin dalam Pertembungan Peradaban” disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaus Zalani, manakala slot Taufan al-Aqsa dan Pembebasan Palestin disampaikan oleh Ustaz Amar Ismat Mohd Nasir.
Program ini dihadiri oleh tetamu kehormat, iaitu Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dan timbalannya Prof. Madya Dr. Abdul Munir Abd Murad. Selain itu, En Muhamad Walid Osman selaku Timbalan Pendaftar, para pensyarah, kakitangan dan warga FST yang lain turut hadir memeriahkan program solidariti Palestin.
Naratif utama yang dikongsikan dalam slot ini adalah mengenai sejarah penjajahan tanah Palestin serta kepentingan metodologi berfikir dalam isu ini. Sejarah perjuangan Palestin merupakan sejarah panjang yang perlu dilihat dengan lebih mendalam. Dimensi pertembungan yang berlaku antara Palestin-Israel bukan semata-mata perebutan tanah yang biasa, tetapi merupakan pertembungan dua orde dunia.
Atas sebab itu, isu Palestin merupakan isu kemanusiaan dan aqidah dalam masa yang sama. Dimensi aqidah tidak dapat dipisahkan daripada konflik Palestin dan seharusnya menjadi kacamata penting dalan meneliti peristiwa secara mendalam.
PEMIKIR mengucapkan terima kasih atas ruang diberikan dan mengharapkan akan ada lebih banyak pembudayaan budaya ilmiah seperti ini dikalangan pendidik dan pelajar di negara ini pada masa akan datang.
—————————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ayuh mulakan penyebaran ilmu melalui Projek Infaq Penyelidikan: