Kepentingan Fiqh Siyasah dalam Memahami Realiti Semasa

ARTIKEL | 8 JAN, 2024

pemikir

Kongsi artikel

Telah diadakan diskusi terbuka di Perpustakaan Astaka Fikir anjuran Dunia Palestin bersama Syeikh Dr Said Bakar. Beliau merupakan Naib Pengerusi Ulama Palestin yang juga dikenali di Jordan sebagai antara pimpinan gerakan Islam di sana.

Antara perkara yang dibahaskan dalam diskusi tersebut adalah tentang peri pentingnya menguasai rangka asas fiqh siyasah dalam menaggapi realiti semasa. Baginya fiqh al waqi, fiqh al tawazun, maqasid syariah dsb adalah antara asas pemikiran yang perlu dikuasai umat Islam semasa.

Baginya kesedaran tentang rangka pemikiran ini yang ditakuti oleh kuasa Barat dan sekutunya dikalangan pemimpin negara Islam timur tengah. Lalu apa sahaja gerakan yang bawa kesedaran ini akan dilihat ancaman terhadap mereka sehingga perlu diseleweng atau dihapuskan.

Beliau juga menekankan perlunya Sirah Nabi SAW kembali diangkat serta dibahas berdasarkan realiti semasa hari ini. Keadaan Nabi berhadapan dengan Yahudi, Kristian, Musyrikin, ahzab dsb adalah realiti sama yang kita umat Islam sedang berhadapan dengannya.

Di akhir diskusi beliau menekankan pentingnya dakwah (kebenaran) diiringi bersamanya kekuatan pada setiap medan yang kita berada. Tanpa kekuatan yang dibangunkan, kita akan terus diperguna serta ditekan oleh musuh.

Kekuatan pada aspek pemikiran adalah dengan menguasai ilmu tersebut sama ada melalui pembacaan, berguru serta berusaha menukilkannnya dalam bentuk penulisan. Beliau berkongsi bagaimana sepanjang dipenjara, beliau berjaya menulis lebih 3000 halaman membahas pelbagai isu semasa pada sudut pandangan syarak.

Moga diskusi seperti ini membawa kita mengangkat isu perjuangan Palestin sebagai isi utama pada wacana intelektual kita hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights