PEMIKIR baru ini telah menerima kunjungan daripada Muslimat Hidayatullah, Indonesia yang diwakili oleh Ketua Majlis Penasihat Muslimat Hidayatullah Dr Sabriati & Sekretaris Jenderal Puan Siti Sarah Zakiah. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Prof Madya Dr Norsaleha Mohd Salleh, Pengerusi PEMIKIR, Muhammad Firdaus Zalani, Pengarah bersama penyelidik lainya.
Pelbagai isu dibincangkan dalam sesi pertemuan tersebut antaranya berkenaan perlunya mempunyai sebuah falsafah yang jelas dan bersepadu mendasari gerak kerja gerakan Islam. Dr Sabriati juga berkongsi bagaimana Hidayatullah meletakkan ayat-ayat Quran diturunkan pada awal kenabian seperti al-Alaq, al-Muzammil, al-Mudassir dan lainnya sebagai landasan gerak kerja mereka.
Dalam pertemuan itu juga dibincangkan tentang perlunya kita kembali membangun falsafah ilmu yang tersendiri sebelum diterjemah ke dalam bidang termasuklah pendidikan. Menurut Dr Sabriati hal ini yang cuba diterjemahkan oleh Hidayatullah apabila membangunkan model pendidikan mereka tersendiri iaitu ‘Pendidikan Integral Berbasis Tauhid’ yang telah diterjemahkan kepada lebih ratusan sekolah yang mereka tadbir.
Sesi kunjungan itu juga meletakkan perlunya gerakan Islam saling bertukar pandangan, saling membina hubungan bagi memperkasa dan memperkayakan agenda pembangunan ummah. Kerjasama seperti ini penting bagi mengekalkan perpaduan sesama umat.
Diakhir sesi tersebut, kedua pihak bersetuju perlu kerjasama lanjut antara PEMIKIR dan Hidayatullah bagi mencambahkan perbahasan idea peradaban di masa hadapan. PEMIKIR juga telah memberikan beberapa hasil penulisan berbentuk majalah dan buku sebagai cenderahati pada para tetamu.