ARTIKEL | 8 JAN, 2024

Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani

Pengarah PEMIKIR

Kongsi artikel

Membangun Peradaban Islam Perlu Bermula Daripada Budaya Membaca

4 Muharram 1443H- Cita-cita membina peradaban Islam perlu diiringi dengan perubahan pada sebesar perkara iaitulah pada idea dan cara fikir kita dalam kerangka Tajdid Falsafah Peradaban Islam dan juga pada sekecil perkara iaitu pada budaya keilmuan dan tabiat harian membaca kita.

Pengarah Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR), Muhammad Firdaus bin Zalani berkata demikian ketika menyampaikan kata aluan dalam sesi pertama program BacaFikir.

BacaFikir yang diadakan secara mingguan

BacaFikir adalah program anjuran PEMIKIR iaitu sesi membaca bersama diadakan dalam medium atas talian sempena tahun baru 1443H. Secara mingguan adalah sesi senyap membaca dan secara bulanan adalah sesi perkongsian pandangan dan idea daripada bacaan yang telah dilalui pada bulan tersebut.

“Mengapa kami namakan sebagai BacaFikir? kerana setiap tabiat membaca perlu diiringi dengan sikap fikir dan kritis terhadap bacaan tersebut untuk mencambahkannya, atas sebab itu perlunya sesi perkongsian pandangan bukan setakat membaca sahaja”

Tambah beliau lagi, program ini adalah satu usaha dan hasrat kami untuk memupuk budaya keilmuan dalam generasi muda dan masyarakat amnya. Dalam membangun budaya ini, membaca adalah satu tabiat asas yang penting perlu ada dalam setiap daripada kita umat Islam.

“Bahkan wahyu pertama yang menjadi asas kepada terbinanya Peradaban Islam selama ribuan tahun itu bermula dengan satu perintah iaitu ‘bacalah!'”

Dalam siri pertama ini dihadiri lebih 15 orang peserta yang menyertai sesi membaca selama 60 minit. Program ini adalah eksklusif bagi Ahli Forum Peradaban PEMIKIR. Bagi yang berminat untuk sertai boleh mendaftar sebagai ahli forum melalui pautan: https://bit.ly/forumperadabanpemikir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights