Wacana Fikir: Penilaian Saintisme Barat Menurut Epistemologi

0

Saintisme adalah suatu ideologi utama di dalam falsafah pemikiran tamadun Barat hari ini. Ia meletakkan sesuatu kebenaran itu adalah berpaksikan apa yang mampu dibuktikan oleh ilmu sains melalui kajian dan pemerhatian emperikal semata. Hal inilah yang membawa lahirnya ramai saintis di barat hari ini berpegang kepada atheisme kerana kononnya oleh kerana Tuhan itu tidak mampu dibuktikan dengan kaedah eksperimen maka ia adalah sebuah penipuan. Jadi dalam siri wacana ini kita akan melihat bagaimana saintisme ini adalah antara penyelewengan epistemologi oleh tamadun barat hari ini.

Pembentang: Mohd Suhail Mohd Sufian (Sidang Pemikiran, PEMIKIR) Antara persoalan yang dibahaskan:

1. Apakah definisi saintisme?
2. Apakah sejarah epistemologi ilmu yang berdiri atas landasan saintisme?
3. Bagaimanakah rupa bentuk tamadun barat hari ini yang berdiri atas saintisme di fasa postmodernism?

Leave A Reply

Your email address will not be published.